Jemaah Islamiah Malaysia 2010

Jemaah Islamiah Malaysia 2010 (JI) melibatkan pensyarah kanan dan pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Polis PDRM dan anggota perisik Malaysia memang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani ancaman JI dan kumpulan militan. 20 hingga 30 pelajar IPT di Johor dan Gombak yang terjebak berjaya diselamatkan.[1] Mereka cuba meletupkan Kuil Batu Caves di Gombak dan Kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.JI asalnya kumpulan pejuang agama yang bercita-cita mendirikan sebuah Negara Islam Raya di Nusantara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina. Mereka cuba merekrut penuntut universiti dan remaja tempatan untuk berjihad di luar negara yang melibatkan 20 hingga 30 penuntut.[2]Pada 28 Februari 2010, Agensi berita AFP melaporkan polis Indonesia merampas dokumen, wang dan beberapa pasang pakaian seragam yang mirip kepada pakaian tentera Malaysia di hutan daerah Aceh Besar, kira-kira 70 kilometer di timur ibu negeri wilayah, Banda Aceh.[3]Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengesan kehadiran beberapa pemimpin kanan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang cuba menjadikan negara ini sebagai tempat perlindungan dan pangkalan logistic mereka.[4]

Rujukan

WikiPedia: Jemaah Islamiah Malaysia 2010 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malaysiakini.com/news/124547 http://malaysiakini.com/news/125328 http://malaysiakini.com/news/134797 http://malaysiakini.com/news/134963 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPe...